Wanita Maut, Kereta Hilang Kawalan Merempuh Pokok

SIBU: Seorang wanita  maut selepas kereta yang dipandunya dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh pokok di Batu 5 Jalan Tunku Abdul Rahman dekat sini awal pagi semalam.

Mangsa dikenali sebagai Tan Li Lian, 31, dan berasal dari Tawau, Sabah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian sekitar jam 1 pagi.


Mangsa merupakan seorang ahli perniagaan dipercayai sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Permai kira-kira satu kilometer dari tempat kejadian.

Difahamkan mangsa memandu berseorangan gagal mengawal kenderaannya sebelum terbabas ke sebelah kiri jalan dan merempuh pokok menyebabkannya tersepit di bahagian tempat duduknya.

Tan yang berkahwin dengan orang tempatan mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan badan disahkan meninggal dunia oleh pihak ambulans di tempat kejadian.

Mayat mangsa telah berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba dan penyelamat sebelum dibawa ke bilik mayat Hospital Sibu untuk bedah siasat.

Kereta mansga telah dibawa ke balai sebagai barang kes. - Theborneopost

Share this

Berlangganan via email

Related Posts

Previous
Next Post »