Mariani Disemadi Bersebelahan Dengan Saloma


PETALING JAYA: Allahyarhamah Mariam Ismail, 82, atau lebih dikenali sebagai Mariani selamat disemadi di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, jam 11.30 pagi tadi. Jenazah primadona filem Melayu itu dikebumi bersebelahan dengan kubur adiknya, Puan Sri Saloma Ismail.
Allahyarhamah yang sinonim dengan watak Cikgu Manisah dalam filem Labu Labi meninggal dunia malam tadi di Sentul kerana kanser usus.

Sementara itu, di laman Twitternya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham. “Saya masih ingat lakonan seniwati Mariani dalam filem seperti Labu Labi dan banyak lagi.

Semoga roh Allahyarhamah dirahmati. Al-Fatihah,” tulis beliau.

Share this

Berlangganan via email

Related Posts

Previous
Next Post »