DUNEDIN - NEW ZEALAND. Seorang lelaki warga Singapura didakwa hari ini di mahkamah New Zealand atas tuduhan pemanduan cuai.
Laporan Straits Times melaporkan Lew Wei Kiong, 29 terlibat dalam sebuah kemalangan pada 29 November lepas yang melibatkan empat kenderaan dan menyebabkan seorang maut.
Wei Kiong dilaporkan memandu sebuah kereta jenis Toyota dan memotong garisan berkembar kuning untuk memotong sekumpulan kenderaan, sebelum melanggar dua buah kereta dan sebuah motosikal dari arah bertentangan.
Di New Zealand, garisan berkembang kuning melarang pemandu kenderaan daripada memotong.
Akibat kejadian tersebut, seorang dilaporkan maut di tempat kejadian, seorang cedera parah dan lima lagi cedera ringan.
Wei Kiong juga bakal didakwa untuk tiga lagi pertuduhan, termasuk memandu secara merbahaya.