JAKARTA - INDONESIA. Kira-kira 100 juta rakyat Indonesia semalam keluar mengundi untuk pilihan raya daerah pertama di seluruh negara, langkah baharu bagi mengukuhkan demokrasi selepas berakhirnya pemerintahan autoritarian.
Pilihan raya bersejarah itu menyaksikan peluang pengundi untuk memilih 269 gabenor wilayah, daerah dan datuk bandar, dengan pilihan raya diadakan di sekitar separuh daripada pentadbiran tempatan.
Pemilihan terus diperkenalkan 10 tahun lalu selepas kejatuhan diktator Suharto pada tahun 1998.
Baca: Dua lelaki jumpa RM465,602 dalam sungai
Dengan cara mengadakan undian secara serentak, pegawai pilihan raya berharap untuk mempunyai satu sistem yang lebih cekap dan menjimatkan wang, selain merancang untuk membuat pilihan raya tempatan akan datang pada masa sama di seluruh negara.
Penganalisis politik Jakarta, Philips Vermonte berkata, keputusan undian adalah sangat penting kerana ia menandakan kemajuan dalam pembaharuan demokrasi di negara itu.
Difahamkan, keputusan penuh pilihan raya akan diketahui dalam tempoh dua atau tiga hari lagi dan pemilihan kali ini dipantau pemantau asing seperti dari Sri Lanka, Thailand serta Bangladesh. - AFP