KUALA LUMPUR: Tokoh veteran UMNO menyalahkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak diatas masalah yang dihidapi negara.
Bercakap di satu sidang media pada Khamis, bekas Menteri Besar Kedah Sanusi Junid mendakwa sebahagian besar masalah yang dihadapi hari ini berpunca dari skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), yang menurutnya angkara Najib tidak boleh mengawal kelakuannya.
<1-- data-blogger-escaped---="" data-blogger-escaped-adsense="">
“Kita lihat Najib ini telah dikelilingi orang seperti Jho Low dan Riza Aziz yang merupakan penerbit filem ‘The Wolf of Wall Street,” kata beliau.
Katanya lagi, rakyat tidak perlu berhadapan dengan kenaikan kos hidup sekiranya 1MDB tidak wujud.
Baca: Najib Cuba Sogok Saya – Tun Mahathir
“Jika tiada 1MDB, kita tidak akan berhadapan dengan pengenalan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), kenaikan harga minyak, tol dan barang-barang harian.”
Sanusi menegaskan kesetiaannya kepada UMNO, tetapi dalam nada yang meratap perubahan parti itu.
“Kita tidak mahu lihat UMNO jatuh, kerana kita sayang dengan jasa yang telah dibuat oleh pemimpin-pemimpin UMNO yang lepas.
“Kita tidak mahu disebabkan satu pemimpin, negara hancur,” kata beliau. - FMT