Pencuri lori, komponen jentera berat ditahan


SIBU: Seorang lelaki yang juga salah seorang ahli Geng Selangau yang aktif dalam kegiatan jenayah mencuri lori serta komponen jentera berat diberkas.

Polis turut merampas sebuah motosikal selepas disahkan motosikal curi.
Siasatan awal mendapati motosikal terbabit menggunakan nombor plat pendaftaran palsu dan dilaporkan hilang pada 12 Disember lalu.

Terdahulu, kelibat suspek dikesan di Jalan Pedada di sini sebelum ditahan sekitar jam 3 petang kelmarin.

Difahamkan, kumpulan berkenaan bergiat aktif sekitar kawasan Sibu, Sarikei, Bintangor dan Mukah.

Share this

Berlangganan via email

Related Posts

Previous
Next Post »