Jururawat terima surat pemecatan berkenaan isu aurat



Jururawat terima surat pemecatan berkenaan isu aurat

PETALING JAYA: Bekas jururawat hospital swasta di Kuala Lumpur yang menjadi kontroversi apabila berpakaian menutup aurat mengesahkan bahawa dirinya telah menerima surat pemecatan secara rasmi.

Jururawat berkenaan, Naziah Sauni Samat ketika dihubungi FMT berkata, dia menerima surat pemecatan tersebut semalam (Rabu), namun, mendakwa tarikh yang dikeluarkan pihak hospital mengelirukan.

Pada awal katanya, dia diberitahu oleh pihak pengurusan hopital bahawa dia dipecat pada 3 Disember, namun surat pemecatannya itu telah dikeluarkan awal iaitu pada 1 Disember.


Katanya, dia akan bertemu peguamnya Syed Ismat an Al-Firdaus esok bagi membincangkan langkah yang akan diambil seterusnya.

“Saya baru terima surat pemberhentian semalam dan esok saya akan jumpa peguam untuk berbincang sebelum tindakan seterusnya yang saya boleh bawa.

“Pada awalnya saya dikatakan telah dipecat pada 3 Disember, tetapi surat yang saya terima (surat diberhentikan) pada tarikh 1 Disember,” katanya.

Terdahulu, dia berkata, walaupun diancam dengan tindakan mahkamah oleh pihak hospital berkenaan, dia tetap mempertahankan dakwaan pemecatannya kerana berpakaian menutup aurat. - FMT

Share this

Berlangganan via email

Related Posts

Previous
Next Post »