Wanita ditahan kerana disyaki mencuri


KUCHING: Seorang wanita ditahan selepas disyaki mencuri beberapa barangan penjagaan diri dari sebuah pasar raya di Batu Kawa, di sini, pada malam Ahad.
Wanita dalam lingkungan usia awal 30-an itu dikatakan keluar tanpa membuat pembayaran selepas mengambil beberapa barangan seperti minyak wangi dan pencuci muka.

Bagaimanapun, tindakannya itu dikatakan disedari kakitangan pasar raya berkenaan.

Dia kemudian ditahan oleh pengawal keselamatan sekitar jam 11.30 malam sebelum diserahkan kepada polis, bersama barang-barang dirampas yang nilainya tidak diketahui, untuk tindakan selanjutnya. - Borneopost

Share this

Berlangganan via email

Related Posts

Previous
Next Post »