Tikam Dan Kelar Tangan Adik Kerana Rokok


Tikam Dan Kelar Tangan Adik Kerana Rokok

Mangsa dikenali sebagai Frankie Nyegiang Ramlie, 22, ditegur oleh abangnya, 25, kerana sering meminta rokok daripadanya.
Menurut Timbalan Ketua Polis Miri Supt Stanley Johnathan Ringgit ;

“Mangsa naik marah bila ditegur dan terus mengambil parang manakala suspek bertindak balas dengan mengambil pisau sayur”

Sewaktu pergelutan berlaku tiga individu yang berada di tempat kejadian cuba untuk meleraikan mereka tetapi gagal dan ia berakhir dengan mangsa berada dalam keadaan lemah.

Ketika kejadian berlaku mangsa serta suspek dipercayai mabuk ekoran sesi minuman keras bersama rakan dan sepupu.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh dan membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Share this

Berlangganan via email

Related Posts

Previous
Next Post »