Semua masalah negara salah UMNO – Nik Nazmi


PETALING JAYA: Semua masalah utama yang dihadapi negara ketika ini adalah salah UMNO dan Barisan Nasional (BN), kata Ketua Angkatan Muda PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Katanya, Tun Dr Mahathir Mohamad juga menyalahkan UMNO dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap apa yang berlaku di negara ini.

Katanya, sistem demokrasi negara juga disalah guna sehingga melahirkan pemimpin yang buruk seperti Najib.

Nik Nazmi berkata, walaupun kenyataan Dr Mahathir terhadap Najib benar, namun Perdana Menteri selama 22 tahun itu juga terlibat dalam salah guna demokrasi.

“Dr. Mahathir berkata pemimpin yang buruk lahir daripada sistem demokrasi yang disalah guna.

“Justeru itu, kita harus sedar bahawa Perdana Menteri yang kita miliki pada hari ini sebenarnya lahir daripada sistem demokrasi yang telah disalah guna, termasuk oleh Dr. Mahathir sendiri,” katanya.

Dia berkata demikian dalam ucapan Perasmian Kongres Angkatan Muda Keadilan pada Jumaat.

Nik Nazmi mengingatkan rakyat Malaysia supaya tidak tidak mempercayai Dr Mahathir kerana beliau bertanggungjawab menjadikan demokrasi di negara ini tempang.

“Jadi rakyat Malaysia jangan tersilap mempercayai Dr. Mahathir sekali lagi. Kita boleh berterima kasih kepada beliau kerana bercakap tentang kebebasan bersuara, kepentingan ketinggian undang-undang (rule of law) dan melawan rasuah serta salah guna kuasa yang ada kini.

“Namun, kita tidak akan lupa siapa yang menjadikan demokrasi negara ini tempang – melemahkan elemen semak dan imbang.

“Kita tidak akan lupa siapa bertanggungjawab ke atas satu demi satu skandal kewangan mega terawal negara.

“Kita tidak akan lupa siapa yang memfitnah dan menyeksa Anwar Ibrahim. Kita tidak akan lupa siapa pemimpin ketika rakyat diseksa kerana bangkit menuntut reformasi.

“Sememangnya kerja gila jika kita berulang kali membuat perkara yang sama tetapi mengharapkan kesudahan yang berbeza,” katanya yang menyindir Dr Mahathir. - FMT

Share this

Berlangganan via email

Related Posts

Previous
Next Post »