Pelakon Dipanggil Bodoh Kerana Selfie di Masjid


PETALING JAYA: Pelakon Johan As’ari dipanggil bodoh selepas memuat naik gambar selfie bersama seorang rakan di sebuah masjid.

Dia yang pernah membintangi beberapa telemovie dan drama termasuk Waris Kekasih yang disiarkan di slot Azalea di TV3 mempertahankan tindakannya.
Terdapat pengikutnya mempersoalkan kenyataannya yang dikatakan mempertikai kenyataan Penasihat Majlis Agama Negeri Johor (MAINJ), Datuk Noh Gadut yang melarang perbuatan selfie selepas solat Terawih kerana ia dikatakan boleh menghapuskan pahala ibadah itu.

“Sbb ustaz noh ckap cmtu kerana dikuatiri ade perasaan riak dalam hati, bila ade perasaan2 mazmummah, benda cmtu boleh menghilangkan semua amal ibadah.. sedangkan bersedekah pun kena sorok ni kan pulak benda2 wajib kan… Allahualam,” tulis littleredridinghood273

Bagaimanapun, carian yang dilakukan FMT tidak menemui kenyataannya terhadap bekas Mufti Johor itu dan dipercayai telah dipadam.

Bagaimanapun kebanyakan komen yang disiarkan di laman Instagramnya, ramai yang menyokong usahanya mendekati agama.

“Kerja dakwah ni bukan mudah dan semang semua ada cabaran dan pancaroba…fitnah jadi makanan,cacian jadi hiburan tp sangka baik dgn manusia dan doakan kebaikan utk mereka…moga usaha kita dberkati Allah…smpkan salam ana utk para karkun dan alim ulama disana…doakan ana jua,” komen Ustazshahrul. - FMT

Share this

Berlangganan via email

Related Posts

Previous
Next Post »