Ferrari Remuk Teruk, Anak Ahli Perniagaan Terselamat


KUCHING: Pemandu kereta Ferrari 458 Speciale terselamat daripada maut selepas keretanya merempuh besi penghadang jalan raya berhampiran Tabuan Court di sini, semalam.

Menurut sumber, dia dikatakan cuba mengelak daripada melanggar sebuah kereta menyebabkan kereta bernilai jutaan ringgit itu hilang kawalan lalu terbabas dalam kejadian sekitar jam 10 pagi.
Difahamkan, pemandu kereta ‘sport’ terbabit yang merupakan anak kepada seorang ahli perniag-aan terkemuka di negeri ini tidak mengalami sebarang kecederaan.

Sumber turut memberitahu kereta tersebut yang mengalami kerosakan teruk di bahagian hadapannya akan diterbangkan ke luar negara untuk dibaiki. - TBP

Share this

Berlangganan via email

Related Posts

Previous
Next Post »