KUALA LUMPUR, 5 Mei - Semakan tawaran kemasukan ke universiti awam (UA) dan Politeknik Premier bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau yang setaraf dengannya boleh dibuat mulai tengah hari esok.
Menurut kenyataan Kementerian Pendidikan status boleh disemak melalui talian Hotline 03-88706767, Helpline 03-88706777, Talian Am 03-88706755/6766, Laman Web http://upu.moe.gov.my; https://jpt.utm.my; http://jpt.uum.edu.my; https://jpt.unimas.my dan http://jpt.ums.edu.my ataupun menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip UPU RESULT (nombor kad pengenalan) dan dihantar ke 15888.
"Pemohon boleh membuat semakan tawaran dan mencetak surat tawaran rasmi melalui laman web rasmi IPTA berkaitan atau Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pendidikan Malaysia (JPP) mulai 6 Mei ini (Rabu)," menurut kenyataan itu.
URL surat tawaran mengikut UA adalah seperti berikut:
Universiti Malaya (UM): http://kemasukan.um.edu.my
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM): http://www.ukm.my/kemasukan/tawaran
Universiti Putra Malaysia (UPM): http://www.smp.upm.edu.my/tawaran
Universiti Teknologi Malaysia (UTM): https://jpt.utm.my
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM): http://www.iium.edu.my/kemasukan/tawaran.html
Universiti Malaysia Sarawak (Unimas): http://www.unimas.my/kemasukan/tawaran
Universiti Malaysia Sabah (UMS): http://bpa.ums.edu.my/semakanUMS
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI): http://www.upsi.edu.my/kemasukan/tawaran
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM): http://etasjil.usim.edu.my
Universiti Teknologi Mara (UiTM): http://www.online.uitm.edu.my/
Universiti Malaysia Terengganu (UMT): http://intake.umt.edu.my/tawaran
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia(UTHM): https://wapps.uthm.edu.my/ppa/tawaran
Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM): http://www.utem.edu.my/kemasukan
Universiti Malaysia Pahang (UMP): http://www.ump.edu.my/kemasukan/tawaran
Universiti Malaysia Perlis: http://offer.unimap.edu.my
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA): http://www.unisza.edu.my/tawaran
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM): http://upnm.edu.my/kemasukan/tawaran
Jabatan Pengajian Politeknik (JPP): http://www.politeknik.edu.my
Semua pemohon yang berjaya dikehendaki membuat pengesahan penerimaan tawaran oleh UA atau Politeknik Premier sebelum atau pada 15 Mei ini dan ia boleh dibuat melalui laman web rasmi UA atau JPP seperti di atas.
Menurut kenyataan itu lagi bagi pemohon yang tidak berjaya ditawarkan ke UA atau Politeknik Premier tetapi ditawarkan ke institusi lain seperti Kolej Matrikulasi Kementerian Pendidikan, Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dan Tingkatan Enam adalah dinasihatkan agar mendaftar ke program berkenaan kerana tawaran ke UA atau Politeknik Premier adalah terhad.
"Dasar KPM tidak membenarkan sebarang pertukaran program pengajian di dalam UA atau Politeknik Premier atau antara UA atau Politeknik Premier."
Tawaran yang diberikan kepada calon adalah muktamad," katanya.
Bagi pemohon yang gagal menerima sebarang tawaran ke UA dan Politeknik Premier, mereka boleh mengemukakan permohonan rayuan melalui aplikasi e-Rayuan yang akan dibuka dalam 10 hari bekerja mulai 15 Mei hingga 25 Mei, setelah keputusan kemasukan ke Politeknik Konvesional/METrO dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) diumumkan.
Permohonan e-Rayuan perlu dikemukakan melalui laman web rasmi kemasukan di http://upu.moe.gov.my dan tarikh tutupnya ialah pada 25 Mei.
"Dasar pemilihan rayuan adalah untuk mengisi kekosongan tempat mengikut program pengajian di UA/Politeknik Premier selepas pendaftaran pelajar baharu.
"Keputusan rayuan pula akan diumumkan pada minggu kedua Jun dan jika tiada sebarang tawaran diterima dari UA/Politeknik Premier dalam tempoh empat minggu selepas tarikh pendaftaran pelajar baharu, maka rayuan itu dianggap gagal," menurut kenyataan itu.
Dalam pada itu, Bahagian Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi (BPKP JPT) akan membuka kaunter khidmat runding cara berkaitan permohonan kemasukan ke UA dan Politeknik Premier di bangunan KPM di Putrajaya mulai 7 Mei hingga 25 Mei pada 9.30 pagi hingga 5 petang (Isnin hingga Jumaat) untuk memudahkan pemohon membuat semakan dan mendapatkan khidmat runding cara.
Kemudahan hotline dan helpline turut disediakan untuk membantu menjawab sebarang kemusykilan pemohon yang boleh dihubungi melalui talian 03-88706767 dan 03-88706777.
Sementara itu, sejumlah 200,502 calon SPM 2014 telah mengemukakan permohonan dan 175,080 daripadanya layak untuk kemasukan ke program pengajian peringkat Asasi/Diploma di UA/Politeknik Premier bagi sesi akademik 2015/2016.
- BERNAMA