Seorang pegawai imigresen dipercayai sangat teruja terhadap satu kumpulan k-pop,'Royal Pirateszai', sehingga mendatangkan masalah pada dirinya.
Ini berikutan tindakan pegawai yang melarang anggota kumpulan Royal Pirateszai melepasi kawalan sekiranya artis tersebut enggan bergambar bersama pegawai itu.
Menurut laporan suratkhabar berbahasa Cina iaitu Guang Ming Jit Poh, kumpulan terbabit yang ketika itu berada di KLIA dalam perjalanan untuk menaiki pesawat ke Seoul.
Sewaktu tiba di kaunter pemeriksaan imigresen seorang pegawai wanita yang bertugas dikatakan secara tiba-tiba meminta untuk bergambar, namun ia ditolak oleh pengurus kumpulan terbabit.
Pegawai tersebut juga mengeluarkan kata-kata ; "sekiranya mereka enggan bergambar, mereka akan dilarang melepasi pintu counter imigresen."
Isu tersebut mendapat perhatian media setelah pengurus kanan bahagian produk dan promosi, Universal Music Malaysia, Lim menulis kejadian itu pada Facebooknya.