Kes Bill Kayong Berkait Rapat Dengan SUPP?

Peter Chin (bekas ketua SUPP) berdiri bersebelahan dengan Mohd Fitri Fauzi (tengah) yang dikatakan penembak Bill Kayong

Berita terbaru yang mengejutkan mengenai hubungan politik SUPP/BN dengan samseng tempatan, Lee Chee Kiang, yang sehingga kini masih memberi pelindungan kepada beliau sehinggakan dikatakan menjadi dalang utama dalam kes pembunuhan tempoh hari.


Kes Bill Kayong Berkait Rapat Dengan SUPP?


Sarawak Report telah menemui gambar bekas ketua SUPP Peter Chin dengan Mohd Fitri Pauzi yang dituduh sebagai penembak Bill Kayong sekaligus menjadi tanda tanya kepada kes pembunuhan tersebut.

Mohamad Fitri Pauzi, 29, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh Bill, 43, pada 21 Jun kira-kira 8.20 pagi di persimpangan lampu isyarat berhampiran pasaraya E-Mart Jalan Miri-Bintulu.
Tiba masanya untuk Peter Chin bersuara mengenai hubungan SUPP/BN dengan syarikat terkenal Tung Huat Plantation samada terdapat mana-mana ahli politik yang lain mempunyai saham dalam syarikat tersebut ataupun sebaliknya.

Sehingga kini pihak polis gagal untuk menanggani masalah kegiatan samseng terhadap penduduk tempatan yang mempertahankan tanah adat (NCR) supaya tidak dirampas oleh samseng tempatan.

Share this

Berlangganan via email

Related Posts

Previous
Next Post »