Juara debat Asia dihalang berucap di UNIMAS

 

Buat kali ke-3 dalam minggu ini, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dihalang daripada berucap di sebuah universiti awam, kali ini di Universiti Malaysia Sarawak (Unimas).


Anak muda berusia 23 tahun yang pernah menjuarai debat antara universiti itu berkata, ceramahnya yang bertajuk "The art of speaking up – our patriotic duty" dijadual diadakan pada Sabtu tetapi beliau diberitahu, beliau dihalang daripada program itu.

"Saya sekali lagi dihalang daripada berucap di sebuah universiti tempatan. Mengapa sampai 3 larangan dalam tempoh masa seminggu?" soal pelajar tahun akhir Universiti Islam Antarabangsa Malaysia itu.

Alasan yang diberikan ialah "ia bukan di bawah bidang kuasa kementerian."

Dalam tulisan di Facebook beliau hari ini, Syed Saddiq berkata, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh "perlu melindungi pelajar, bukan perdana menteri Malaysia".

"Saya menjangkakan menteri (Idris) untuk bersuara memperjuangkan hak pelajar, sebaliknya beliau mengetepikan isu itu.

"Saya belajar sesuatu yang baru hari ini. Kementerian akan menggunakan saya selagi ia memberi manfaat kepada mereka. Jika tidak, mereka akan menjauhkan diri.

"Apabila kita memenangi pertandingan debat dan mengharumkan nama Malaysia, mereka berkata 'ini hasil universiti awam kita! Kredit kepada Kementerian Pengajian Tinggi.'

"Tetapi apabila saya dihalang daripada bercakap, alasan yang mereka berikan ialah ia bukan di bawah bidang kuasa kementerian.

"Apabila anda berjaya, ia satu pencapaian kementerian. Apabila anda disekat daripada berucap di universiti, yang berada di bawah bidang kuasa kementerian, tiba-tiba ia bukan di bawah bidang kuasa mereka," katanya.


Nak kembangkan bisnes melalui Instagram? Klik Disini!
 
Awal minggu ini, Syed Saddiq dilarang daripada bercakap di Universiti Tenaga Nasional (Uniten) dan Universiti Sains Islam Malaysia (Usim) pada saat-saat akhir.

Acara Uniten itu dibatalkan manakala program di Usim itu ditangguhkan.

Bekas Felo Perdana itu muncul sebagai pengkritik Najib, baru-baru ini mengasaskan kumpulan belia Challenger, yang mengeluarkan kenyataan pertamanya menolak kepimpinan perdana menteri.

Oktober lalu, beliau menulis kenyataan pedas terhadap Najib di posting Facebook beliau menyifatkan perdana menteri sebagai "memalukan negara".

Syed Saddiq juga pengacara pada majlis pelancaran Deklarasi Rakyat dan gerakan Selamatkan Malaysia, yang dimulakan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada 4 Mac lalu dan merupakan penandatangan termuda deklarasi itu.

Mengulas kritikan terhadap kementerian berhubung pengharaman ceramah Syed Saddiq, Idris semalam menafikan sebarang penglibatan kementeriannya, sambil berkata, universiti diberi autonomi membuat keputusan. - The Malaysian Insider

Share this

Berlangganan via email

Related Posts

Previous
Next Post »