Persatuan pelajar kemuka petisyen keluarkan potret Najib di Universiti Nottingham, UK


Satu petisyen sudah dikemukakan kepada Universiti Nottingham, United Kingdom, untuk mengeluarkan potret Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dari dinding alma mater universiti mereka.


Petisyen, yang dikemukakan Cassandra Hooi dalam web www.change.org, Persatuan Pelajar Malaysia di universiti itu bertujuan melobi institusi tersebut untuk mengeluarkan potret setinggi 2 meter tersebut dari dinding di kampus Raja Meadow.

Hooi berkata petisyen itu merupakan "satu luahan bersama berhubung  tindakan percanggahan pendapat susulan keengganan perdana menteri menjawab perkara yang  mencurigakan iaitu pemindahan RM2.6 bilion ke dalam akaunnya peribadinya."

Rahsia Jutawan Emas Terbongkar! Klik disini! 

"Tindakan yang mudah mampu menghantar mesej yang kuat kepada PM kita yang sudah tiba masanya untuk beliau menjawab dengan benar dan jelas mengenai dakwaan tersebut.

"Universiti Nottingham berkongsi hubungan baik dengan PM, beliau adalah alumni di sini, oleh itu sejurus selepas potret itu dikeluarkan secara umum, ia akan menjadi simbol yang kuat dan signifikan berhubung perbezaan pendapat bersama, mengenai jawapan PM yang tidak memuaskan kita," katanya dalam petisyen itu. – 10 Mac, 2016. - The Malaysian Insider

Share this

Berlangganan via email

Related Posts

Previous
Next Post »