LowYat 2 Akan Dibuka Di Bangunan MARA Pada Awal Disember ini

Untuk barangan elektronik, salah satu lokasi yang sering dikunjungi ramai pengguna tempatan adalah ke LowYat yang terletak di Kuala Lumpur. Terkini, dalam usaha untuk memberikan alternatif lain, selain LowYat dan juga PJ Digital Mall, dan mengalakkan penjual bumiputera dalam arena teknologi, sebuah kawasan baru akan diperkenalkan.



Masih dipanggil sebagai “LowYat 2”, nama pusat teknologi baru tersebut akan diperkenalkan pada minggu pertama Disember 2015 ini. Ia akan dibuka di bangunan Majlis Amanah Rakyat (MARA).
Pusat teknologi baru ini dijangka akan menjadi pusat tumpuan untuk mendapatkan barangan teknologi pada harga lebih rendah berbanding pusat teknologi yang lain.

Idea untuk “LowYat 2” ini telah diutarakan ketika pergaduhan yang timbul di Plaza Lowyat 2 beberapa bulan lepas. Namun, selain daripada itu, ini juga mungkin salah satu usaha kerajaan dalam lebih mengalakkan penjual dan pengusaha bumiputera menyertai arena jualan barangan digital dan teknologi.

Sama-sama kita nantikan awal Disember 2015 ini untuk melihat bagaimanakah kawasan pusat teknologi baru ini akan kelihatan, selain apakah barangan dan perkhidmatan yang akan ditawarkan di sana. - Kosmo!

Share this

Berlangganan via email

Related Posts

Previous
Next Post »