Warga Bangladesh Yang Dibawa Masuk Sebenarnya Pekerja Ladang


Warga Bangladesh yang dibawa masuk itu akan bekerja sebagai pemetik buah kelapa sawit di ladang milik IOI Plantation.

PETALING JAYA: Beberapa keping gambar yang tersebar menunjukkan sekumpulan warga Bangladesh sedang beratur di sebuah Pejabat Imigresen mendapat perhatian pengguna alam maya.

Gambar yang tersebar itu kemudiannya dikongsi di Facebook Oh Media!

Rata-rata mereka yang telah melihat gambar berkenaan telah memberikan komen dengan ada diantaranya melahirkan kebimbangan ekoran kehadiran warga asing tersebut yang jumlahnya terlalu ramai.

Beberapa blog pro-pembangkang juga turut menghangatkan lagi keadaan apabila memainkan isu kehadiran warga Bangladesh itu dengan dakwaan bakal dijadikan pengundi hantu pada pilihan raya umum akan datang.

Bagaimanapun, beberapa jam lalu pihak yang bertanggungjawab membawa masuk warga Bangladesh tersebut telah membalas komen pada status Oh Media! itu dengan memberitahu bahawa kemasukan warga asing berkenaan adalah bagi menampung kekosongan sebagai pekerja ladang di bawah syarikat IOI Plantation.

Pemilik Facebook yang menggunakan nama Nadzrin Ibrahim menerusi komen turut menafikan dakwaan bahawa warga Bangladesh yang dibawa masuk itu bukannya dari jumlah 1.5 juta yang akan dibawa masuk ke Malaysia seperti mana diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri sebelum ini.

Katanya, kesemua warga Bangladesh berkenaan telah direkrut oleh G2G Plantation sejak 2012 dan telah diambil untuk bekerja pada 2014.

Jelasnya, mereka akan dihantar untuk bekerja sebagai pemotong buah kelapa sawit di ladang milik IOI Plantation di Keratong dan di Kluang, Johor.

Melalui komen itu juga, pemilik akaun berkenaan turut menawarkan kepada sesiapa saja warga tempatan yang berminat untuk bekerja sebagai pemetik buah kelapa sawit untuk menghubunginya di talian 03-8947 8888 bagi ditemuduga.

Share this

Berlangganan via email

Related Posts

Previous
Next Post »