Hutan Aokigahara ialah hutan yang menjadi magnet individu yang ingin membunuh diri di Jepun. Setiap tahun puluhan mayat dan rangka dibawa keluar dari hutan angker yang terletak di kaki Gunung Fuji.
Selain dipenuhi mayat orang yang membunuh diri, hutan ini juga mempunyai banyak arca seram. Terdapat pelbagai cerita tahyul yang mengatakan Aokigahara adalah tempat iblis (Oni) tinggal dan ini membuatkan ramai orang akan membunuh diri.
Kini ada filem baru bertajuk The Forest yang menggunakan Aokigahara sebagai latar belakang. Ia dibintangi Queen Magerys Natalie Dormer.