PETALING JAYA: Sijil Halal yang dikeluarkan kepada sebuah premis Secret Recipe di Taman Mayang, Petaling Jaya, telah ditarik balik oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Penarikan sijil halal itu yang berkuatkuasa pada 15 Mei lalu disebabkan faktor-faktor kebersihan.
Penarikan Sijil Halal oleh JAKIM itu juga telah dimuat naik di laman sesawang www.halal.gov.my
JAKIM ketika dihubungi Free Malaysia Today (FMT) pada Selasa telah mengesahkan perkara itu.
Pegawai Perhubungan Awam JAKIM, Nadia Zammil, berkata, JAKIM akan mengeluarkan kenyataan media berhubung perkara itu. - FMT