Lemas Ketika Selam Snorkel


Jertih: Seorang wanita berusia 47 tahun lemas ketika melakukan aktiviti selam snorkel di Pulau Perhentian Besar, dekat sini, 12.40 tengah hari semalam.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Khalid Che Lah berkata, sebelum kejadian itu, mangsa, Sharifah Faridah Syed Jaafar dari Kampung Raja, dekat sini, menyertai aktiviti rekreasi itu bersama dua anak dan lapan rakan.

"Anak mangsa, Nur Fatin Azhar, 25, tiba-tiba menyedari ibunya hilang serta dihanyutkan ombak lebih 50 meter dari kumpulan mereka dan cuba menyelamatkannya.

"Namun mangsa ditemui tidak sedarkan diri oleh anaknya selepas itu dan orang ramai yang berada berhampiran cuba memberi bantuan kecemasan dengan membawanya ke tanah besar," katanya.

Beliau berkata, mangsa kemudian disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan sebaik tiba di jeti Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan dan mayatnya dibawa ke Hospital Besut untuk bedah siasat. - Hmetro

Share this

Berlangganan via email

Related Posts

Previous
Next Post »