3 Keluarga Hilang Tempat Tinggal


KUCHING: Sebuah rumah jenis 2-tingkat di Kampung Surabaya Hulu, musnah dalam satu kebakaran yang berlaku pada pukul 11.00 pagi tadi.

Menurut laporan awal pihak Bomba dan Penyelamat, seramai 7 anggota dari Balai Bomba Petra Jaya dengan bantuan 7 anggota dari BBP Kuching dan 6 anggota dari BBP TabuanJaya, 2 anggota EMRS dan 2 anggota Unit RIM bergegas ke lokasi kejadian dan setiba di lokasi, didapati kebakaran dalam 100 peratus.

Pihak bomba menggunakan 2 aliran breeching 4-nozel untuk memadam kebakaran dan api dikawal pada pukul 11.20 pagi.

Makluman awal disyaki api bermula dari tingkat atas iaitu bilik tiduk bersebelahan dengan surau.

Terdapat 11 anggota dari 3 keluarga selamat semasa kejadian.

Pegawai kanan yang hadir PPgB Tawang ak Lingem dan Pegawai Penyiasat Zon, PKPgB Mohamad Meramit.

Share this

Berlangganan via email

Related Posts

Previous
Next Post »