Furious 7 Menduduki Tangga Ke-4 Carta Pecah Panggung


Setelah sebulan filem Furious 7 ditayangkan di pawagam seluruh dunia, kini jumlah kutipan dianggarkan sebanyak $1.429 billion secara tidak langsung membawa filem francais ini menduduki tangga ke-4 pecah panggung sepanjang masa dan menduduki tangga pertama pada tahun 2015.

Siri filem ini yang bermula pada 2001 telah menyaksikan filem francais tersebut berubah menjadi antara filem paling terkenal di Hollywood.

Filem terbitan Universal itu memaparkan penampilan terakhir Paul Walker yang maut dalam kemalangan tragik pada November 2013 dikatakan antara pendorong utama penonton memenuhi pawagam. 

Pengambaran Furious 7 diteruskan dengan kehadiran adik mendiang Paul Walker iaitu Caleb dan Cody kerana memiliki rupa fizikal hampir serupa dengan Paul Walker dan teknik CGI (computer generate image) digunakan untuk pengubahsuaian rupa paras mereka.

Ia turut dibintangi Vin Diesel, Dwayne Johnson The Rock selain bintang lasak terkenal, Jason Statham dan pelakon aksi terkemuka Thailand, Tony Jaa, turut menghangatkan lagi filem berkenaan.

Los Angeles Times melaporkan bahawa ulasan untuk Furious 7 telah "keseluruhannya positif" dengan pengkritik memuji aksi filem itu dan penghormatan kepada Paul Walker.

Share this

Berlangganan via email

Related Posts

Previous
Next Post »